Monday, 25 June 2012

Kecerdasan Majmuk/ Multiple Intelligences

Kecerdasan merupakan salah satu faktor utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan seorang individu. Individu yang mempunyai taraf kecerdasan rendah atau di bawah normal sukar diharapkan berprestasi tinggi. Tetapi tidak ada jaminan bahwa dengan taraf kecerdasan tinggi seseorang secara berjaya kelak. Terdapat beberapa jenis kecerdasan iaitu :


1. Kecerdasan Kinestetik
Kecerdasan ini merupakan kecerdasan yang berhubungan dengan kemampuan dalam menggunakan tubuh kita secara trampil untuk mengungkapkan idea, pemikiran, perasaan, dan mampu bekerja dengan baik dalam menangani sesuatu keadaan. Umumnya orang yang mahir dalam olah raga dan tari, bekerja lebih baik ketika bergerak. Kebanyakan penari, atlet dan sebagainya berada pada kategori ini.


2. Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan Intrapersonal ialah kemampuan di bidang pemahaman terhadap perasaan diri sendiri. Kecerdasan ini berkaitan dengan diri sendiri. Mereka mampu bekerja secara sendiri tanpa bantuan untuk mengembangkan kemampuan diri. Mereka mampu mengharungi kerumitan dan kesusahan dalam diri sendiri. Kaunselor, ahli terapi dan sebagainya berada pada kategori ini.

3. Kecerdasan Spasial/ Visual
Kecerdasan spasial/ visual ialah kecerdasan yang berkaitan dengan gambar dan ruang. Orang-orang pada kelompok ini umumnya memiliki koordinasi penglihatan yang tinggi, dapat menafsirkan seni dengan baik. Orang-orang seperti ini biasanya artis, pekerja tangan dan sebagainya.


Sunday, 24 June 2012

Profil

Nama saya Nur Anieqah Bte Mamud. Saya berasal dari Kudat, Sabah. Saya telah dilahirkan pada bulan Mei 1993. Hobi saya ialah melancong. Manakala, makanan kegemaran saya ialah KFC dan minuman kegemaran pula ialah Horlicks. Saya merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik dan mempunyai dua orang kakak. Apa yang menarik tentang mempelajari kecerdasan emosi ialah semasa pembelajaran ini saya dapati bahawa untuk mengfungsikan IQ perlu mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam EQ dahulu.