Tuesday, 7 August 2012

Peristiwa Kemarahan

Pengalaman peristiwa kemarahan yang tidak boleh dilupakan oleh saya ialah ketika terdapat perselisih fahaman antara saya dengan kawan karib saya. Peristiwa tersebut berlaku ketika kawan saya tidak memaklumkan kepada saya bahawa terdapat kelas tuition pada suatu malam yang lepas. 

Apabila saya mengetahui terdapat kelas tuition pada malam tersebut daripada orang lain, saya berasa amat marah kerana kawan yang selalu bersama saya tidak memaklumkan kepada saya tentang kelas yang diadakan itu. Apabila sampai ke kelas, tanpa mengawal emosi sendiri saya telah melepaskan marah terhadap kawan saya. Selepas saya memarahi kawan saya, dia terus menjelaskan hal yang sebenar berlaku. Malangnya, pesanan yang dia hendak sampaikan melalui sistem pesanan ringkas tergendala, akibat gangguan sistem perkhidmatan pada malam tersebut. Selepas penjelasannya, lalu saya turut meminta maaf atas perbuatan saya yang melulu itu.

Punca kemarahan saya di situasi tersebut ialah saya tidak dimaklumkan mengenai kelas yang perlu dihadiri dan mengakibatkan saya bertindak tanpa mengawal perasaan. Untuk mengawal kemarahan saya, saya meminta penjelasan dengannya.

Seterusnya, cara untuk mengawal kemarahan ialah mengenal pasti dahulu punca kemarahan. Hal ini adalah disebabkan, kita mesti meneliti hal-hal yang menyebabkan perasaan marah kita bangkit.
Selain itu, meminta penjelasan apabila berlakunya konflik. Untuk meredakan kemarahan, kita perlu mendengar penjelasan daripada pihak orang lain kerana berkemungkinan timbul perselisihfahaman antara dua pihak. Oleh itu, dengan penjelasan mungkin hati pemarah akan lembut jika dia telah salah faham dengan rakannya.