Monday, 17 September 2012

Refleksi Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi : 3 Idiots


Setelah menonton filem 3 Idiots ini dengan sebaik-baiknya, saya dapat mengenal pasti beberapa situasi mencabar yang telah dihadapi oleh watak-watak dalam filem ini.

Filem ini mempunyai tiga watak penting iaitu Rancho sebagai watak utama, Farhan dan Raju. Tiga watak ini telah menghidupkan jalan cerita ini. Rancho digambarkan dengan seorang yang mempunyai tahap kesedaran yang tinggi. Sebagai watak utama, pastinya watak ini mempunyai pelbagai cabaran yang perlu diharungi. Antaranya ialah emosi gembira. Dalam filem ini, Rancho berasa amat gembira atas kejayaan rakannya yang berjaya mencari pekerjaan walaupun telah gagal beberapa kali. Kejayaan tersebut membuat Rancho berasa terharu kerana kejayaan yang dia peroleh dapat membantu untuk mengubah nasib keluarga rakannya yang hidup dalam kemiskinan. Usaha Rancho memberi dorongan dan semangat kepada rakannya tidak sia-sia kerana akhirnya mendapat hasilnya.

Watak Farhan dalam filem ini pula digambarkan seorang yang mempunyai tahap kesedaran kompetensi kecerdasan emosi yang serdahana. Ketika dia menemui kegagalan, dia masih boleh mengawal emosi dan berusaha untuk mencari jalan menyelesaikannya. Apabila Farhan mengetahui bahawa dia tidak mempu lagi meneruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan, dia berasa resah dan gelisah. Hal ini disebabkan oleh, ayah Farhan yang begitu mengharapkan Farhan untuk menjadi jurutera telah menyebabkan Farhan berasa tertekan atas permintaan ayahnya itu sedangkan cita-citanya ialah menjadi jurugambar. Namun demikian, setelah Farhan mengetahui bahawa dia tidak mampu lagi meneruskan pengajiannya, dia berusaha untuk menyakinkan ayahnya agar merestui cita-citanya menjadi seorang jurugambar. Akhirnya, Farhan berjaya memujuk ayah dan ayah Farhan telah menghadiahkan Farhan sebuah kamera.

Raju yang digambarkan dalam filem ini pula dilihat seorang yang begitu banyak menemui kegagalan dalam menguruskan emosinya atau mempunyai tahap kompetensi kecerdasan emosi yang sangat rendah. Begitu banyak tekanan emosi yang dilaluinya menyebabkan dia menjadi lemah dan terus terpengaruh dengan emosi negatif itu. Raju telah memusnahkan hidupnya setelah gagal menguruskan tekanan emosi yang dihadapinya itu. Raju telah mengalami masalah keluarga dimana dia merupakan harapan kepada keluarganya untuk menyara mereka. Pada suatu hari, Raju telah melanggar peraturan kolejnya dan dibuang daripada kolej tersebut. oleh itu, peristiwa tersebut memberi tamparan yang besar kepada Raju. Dia perlu menghabiskan pengajiannya untuk mencari pekerjaan untuk menyara keluarganya. Namun demikian, hasrat gagal dicapai jika Raju dibuang kolej. Raju mengakhirkan kegagalan tersebut dengan mencuba untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan. Mujurlah Raju tidak terbunuh dalam kejadian tersebut. Raju hanya mengalami koma selama beberapa hari. Walaupun begitu, dilihat dari segi positif, Raju masih mempunyai usaha untuk mengahdiri temu duga setelah dia sembuh. Raju berjaya lulus temu duga atas sokongan dan semangat yang diberi oleh rakannya.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai emosi bagi setiap watak dalam filem ini untuk menguji cara watak tersebut menguruskan emosi tersebut. Tahap kecerdasan emosi yang berbeza-beza sama ada positif atau negatif antara watak memperlihatkan lagi keseimbangan dan keunikan jalan cerita filem ini.