Setelah menonton filem 3 Idiots ini dengan
sebaik-baiknya, saya dapat mengenal pasti beberapa situasi mencabar yang telah
dihadapi oleh watak-watak dalam filem ini.
Filem ini mempunyai tiga watak penting iaitu Rancho
sebagai watak utama, Farhan dan Raju. Tiga watak ini telah menghidupkan jalan
cerita ini. Rancho digambarkan dengan seorang yang mempunyai tahap kesedaran
yang tinggi. Sebagai watak utama, pastinya watak ini mempunyai pelbagai cabaran
yang perlu diharungi. Antaranya ialah emosi gembira. Dalam filem ini, Rancho
berasa amat gembira atas kejayaan rakannya yang berjaya mencari pekerjaan
walaupun telah gagal beberapa kali. Kejayaan tersebut membuat Rancho berasa
terharu kerana kejayaan yang dia peroleh dapat membantu untuk mengubah nasib
keluarga rakannya yang hidup dalam kemiskinan. Usaha Rancho memberi dorongan
dan semangat kepada rakannya tidak sia-sia kerana akhirnya mendapat hasilnya.
Watak Farhan dalam filem ini pula digambarkan seorang
yang mempunyai tahap kesedaran kompetensi kecerdasan emosi yang serdahana.
Ketika dia menemui kegagalan, dia masih boleh mengawal emosi dan berusaha untuk
mencari jalan menyelesaikannya. Apabila Farhan mengetahui bahawa dia tidak
mempu lagi meneruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan, dia berasa resah
dan gelisah. Hal ini disebabkan oleh, ayah Farhan yang begitu mengharapkan
Farhan untuk menjadi jurutera telah menyebabkan Farhan berasa tertekan atas
permintaan ayahnya itu sedangkan cita-citanya ialah menjadi jurugambar. Namun
demikian, setelah Farhan mengetahui bahawa dia tidak mampu lagi meneruskan
pengajiannya, dia berusaha untuk menyakinkan ayahnya agar merestui cita-citanya
menjadi seorang jurugambar. Akhirnya, Farhan berjaya memujuk ayah dan ayah
Farhan telah menghadiahkan Farhan sebuah kamera.
Raju yang digambarkan dalam filem ini pula dilihat
seorang yang begitu banyak menemui kegagalan dalam menguruskan emosinya atau
mempunyai tahap kompetensi kecerdasan emosi yang sangat rendah. Begitu banyak
tekanan emosi yang dilaluinya menyebabkan dia menjadi lemah dan terus
terpengaruh dengan emosi negatif itu. Raju telah memusnahkan hidupnya setelah
gagal menguruskan tekanan emosi yang dihadapinya itu. Raju telah mengalami
masalah keluarga dimana dia merupakan harapan kepada keluarganya untuk menyara
mereka. Pada suatu hari, Raju telah melanggar peraturan kolejnya dan dibuang
daripada kolej tersebut. oleh itu, peristiwa tersebut memberi tamparan yang
besar kepada Raju. Dia perlu menghabiskan pengajiannya untuk mencari pekerjaan
untuk menyara keluarganya. Namun demikian, hasrat gagal dicapai jika Raju
dibuang kolej. Raju mengakhirkan kegagalan tersebut dengan mencuba untuk
membunuh diri dengan terjun dari bangunan. Mujurlah Raju tidak terbunuh dalam
kejadian tersebut. Raju hanya mengalami koma selama beberapa hari. Walaupun
begitu, dilihat dari segi positif, Raju masih mempunyai usaha untuk mengahdiri
temu duga setelah dia sembuh. Raju berjaya lulus temu duga atas sokongan dan
semangat yang diberi oleh rakannya.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai emosi bagi setiap watak
dalam filem ini untuk menguji cara watak tersebut menguruskan emosi tersebut.
Tahap kecerdasan emosi yang berbeza-beza sama ada positif atau negatif antara
watak memperlihatkan lagi keseimbangan dan keunikan jalan cerita filem ini.