Kompetensi ialah kelayakan mengurus kecerdasan emosi diri dengan sempurna. Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk
mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta
menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung dengan orang lain.
Goleman (1995)membahagikan kecerdasan emosi kepada empat komponen utama iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan
dua komponen berbentuk kompeten sisosial. Empat komponen tersebut adalah
mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri
sendiri, mengenal emosi orang lain dan membina hubungan.
Komponen pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri
bertujuan agar seseorang itu dapat merasai tahap keadaan emosinya pada waktu
itu berupaya untuk membuat keputusan yang rasional, mempunyai penilaian yang realistik
serta mempunya keyakinan diri sendiri yang kukuh. Tiga subkompetensi yang
dikenalpasti ialah kesedaran emosi, ketepatan menilai diri sendiri dan
keyakinan kendiri.
Komponen kedua ialah pengurusan emosi kendiri sejauh manakah
individu tersebut dapat menangani emosinya dari aspek kehidupan dan psikologi
diri sendiri dengan lebih terkawal. Terdapat lima subkompetensi iaitu kawalan
kendiri, amanah, berhemah, penyesuian, rajin dan inovasi. Goleman menegaskan
bahawa peraturan emosi diri sendiri yang baik dapat membantu seseorang mengawal
perasaan kebimbangan, kemarahan dan dorongan dari melakukan tingkah laku yang
tersasar. Di samping itu, ia juga berkeupayaan mengembalikan emosi ke arah yang
lebih positif setelah berhadapan dengan sesuatu ujian atau halangan.
Seterusnya, komponen ketiga dalam model Goleman ialah empati
iaitu keupayaan untuk memahami dan merasai apa yang orang lain rasakan serta
dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan setiap lapisan masyarakat.
Komponen keempat ialah kemahiran sosial iaitu melibatkan
pengendalian emosi bagi mewujudkan dan membina hubungan sosial yang baik.
Seseorang yang cerdas dikatakan berupaya mengurus dan memahami situasi serta
emosi orang lain dengan tepat. Kebolehan ini akan dapat membantu seseorang
berinteraksi dengan baik dalam masyarakat. Selain itu, kepimpinan iaitu
melibatkan kemahiran seseorang itu memimpin dengan betul mengikut organisasi.
No comments:
Post a Comment