Friday, 20 July 2012

Persahabatan seorang rakan (3 idiot)

http://www.youtube.com/watch?v=hDVFnzU1-1o&feature=related
Director : Rajkumar Hirani
Indian Film Comedy (2009)
Sahabat yang mengetahui kematian bapa kawannya dengan menyangkakan khabar angin itu amat mendukacitakan kawannya kerana kehilangan saudara terdekat. Oleh itu, sahabat mengambil keputusan untuk menziarahi kawannya, dalam masa yang sama sahabat mengetahui kawan mereka menggunakan nama lain untuk menjalanin kehidupan sebagai sahabat mereka. Demi mengetahui perkara tersebut sahabat sanggup berjalan jauh untuk mencari kebenaran mengenai identiti sebenar kawannya. Setelah bertemu dengan kawan tersebut mereka sangat gembira, terharu dan tidak menyangkakan bahawa kawan mereka itu telah berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang walaupun menggunakan identiti orang lain untuk menuntut ilmu.

Friday, 13 July 2012

Kompetensi

Kompetensi ialah kelayakan mengurus kecerdasan emosi diri dengan sempurna. Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung dengan orang lain.


Goleman (1995)membahagikan kecerdasan emosi kepada empat komponen utama iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen berbentuk kompeten sisosial. Empat komponen tersebut adalah mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang lain dan membina hubungan.

Komponen pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itu dapat merasai tahap keadaan emosinya pada waktu itu berupaya untuk membuat keputusan yang rasional, mempunyai penilaian yang realistik serta mempunya keyakinan diri sendiri yang kukuh. Tiga subkompetensi yang dikenalpasti ialah kesedaran emosi, ketepatan menilai diri sendiri dan keyakinan kendiri.

Komponen kedua ialah pengurusan emosi kendiri sejauh manakah individu tersebut dapat menangani emosinya dari aspek kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan lebih terkawal. Terdapat lima subkompetensi iaitu kawalan kendiri, amanah, berhemah, penyesuian, rajin dan inovasi. Goleman menegaskan bahawa peraturan emosi diri sendiri yang baik dapat membantu seseorang mengawal perasaan kebimbangan, kemarahan dan dorongan dari melakukan tingkah laku yang tersasar. Di samping itu, ia juga berkeupayaan mengembalikan emosi ke arah yang lebih positif setelah berhadapan dengan sesuatu ujian atau halangan.

Seterusnya, komponen ketiga dalam model Goleman ialah empati iaitu keupayaan untuk memahami dan merasai apa yang orang lain rasakan serta dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan setiap lapisan masyarakat.

Komponen keempat ialah kemahiran sosial iaitu melibatkan pengendalian emosi bagi mewujudkan dan membina hubungan sosial yang baik. Seseorang yang cerdas dikatakan berupaya mengurus dan memahami situasi serta emosi orang lain dengan tepat. Kebolehan ini akan dapat membantu seseorang berinteraksi dengan baik dalam masyarakat. Selain itu, kepimpinan iaitu melibatkan kemahiran seseorang itu memimpin dengan betul mengikut organisasi.